JOM BELI EMAS

Posted by Nizar Nasir on 7:51 AM

     Dalam post yang lepas saya ada menerangkan satu pelaburan yang menguntungkan iaitu pelaburan emas!! Hari ni saya nak terangkan bagaimana anda juga boleh memiliki emas sekurang-kurangnya 100g.Caranya adalah melalui program Quantum kekayaan.Melalui program ini anda berpeluang membeli emas pada modal yang minimum!

Bagi anda yang mempunyai simpanan tetapi tidak tahu atau keliru memilih jenis pelaburan, anda boleh memilih untuk membuat pelaburan emas ini dengan membeli sekurang-kurangnya 100g emas (RM15,900).Apabila anda membeli emas melalui program ini kami akan menggandakan emas anda 2 kali ganda iaitu kami memberikan anda 200g lagi.
 
 Macam mana boleh dapat lagi 200g? FREE ke?
      
     OK, sebelum saya beri tahu anda macam mana anda boleh dapat lagi 200g emas dari kami,saya akan terangkan dahulu "Flow" program ini.Program ini ada link dengan Ar Rahnum.Di Ar Rahnum, anda boleh menyimpan emas sebanyak mungkin dan yang menariknya anda akan diberi pinjaman 70% dari nilai simpanan anda! Kira macam keistimewaanlah yang anda dapat sebab menyimpan.Nah sekarang berbalik kepada persoalan utama tadi iaitu macam mana anda boleh dapat 200g lagi emas jika membeli 100g emas dari kami.Sebenarnya 200g emas yang kami berikan kepada anda itu bukanlah FREE, tetapi kami mendahulukan anda emas kami(pinjam) untuk anda simpan di Ar Rahnum.Bermakna walaupun anda membeli 100g emas(RM15,900) tetapi anda menyimpan di Ar Rahnum adalah sebanyak 300g bukan 100g.Iaitu 100g adalah emas anda manakala 200g lagi adalah emas yang kami dahulukan.
     Selepas anda menyimpan emas 300g di Ar Rahnum, seperti yang kita sedia maklum bahawa pihak bank akan memberikan anda pinjaman 70% dari (300g) nilai simpanan anda. Sebaik sahaja menerima pinjaman 70% dari pihak bank nah inilah masanya untuk anda bayar kepada kami 200g emas yang kami dahulukan kepada ada. Kesimpulannya urusan pinjaman anda dengan kami selesai.
 
Kenapa perlu dahulukan emas kami?
  
     Tujuanya adalah supaya memberi peluang kepada anda untuk menikmati hasil diveden dari kenaikan emas yang tinggi berbanding dengan anda menyimpan hanya 100g emas.Contohnya:
Kenaikan emas adalah RM20/G
RM20/G X 300G = RM6,000 !!
  
     Jadi bagaimana nak membayar pinjaman 70% dari bank?Anda tak pelu risau kerana untuk membayar pinjaman 70% yang diberikan tidak memerlukan anda menyentuh duit gaji bulanan anda kerana pihak bank secara automatik akan memotong upah simpan emas anda dan sedikit untuk pinjaman tersebut dan masih ada baki lagi untuk anda gunakan!
    
     Bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki 100g emas (RM15,900) masih terdapat cara lagi untuk anda iaitu pada modal yang minimum!! Dengan bermodalkan RM5,100 kini anda mampu memiliki 100g emas.Caranya hampir sama seperti yang telah saya terangkan tetapi jika anda yang hanya memiliki modal RM5,100 kami akan memberikan anda 100g emas untuk disimpan di Ar Rahnum .Seperti biasa pihak bank akan berikan pinjaman 70% dari (100g) yang anda simpan itu dan pinjaman itulah anda bayar semula balance harga emas 100g emas yang anda masih belum jelaskan kerana anda baru membayar RM5,100.

     Jadi nampakan saya menunjukkan dua jalan atau boleh dikatakan pakej untuk yang berkemampuan dan yang kurang berkemampuan supaya mampu memiliki emas dan mempunyai sebuah pelaburan yang lumayan!!

     Bagi anda yang berminat boleh meninggalkan nama, email, alamat, serta nombor untuk saya hubungi.

Emas "TOOL" Menggandakan $$$$ !!

Posted by Nizar Nasir on 6:51 AM
"Money Is Only A tool To Make More Money"

     Dalam post kali ni saya nak kongsi satu cara lagi yang saya rasa boleh dikatakan "tool" kedua untuk kita membiakan zuriat duit kita.Duit pun ada zuriat? Macam mana caranya? ha iaitu dengan melakukan satu pelaburan bijak.Zaman sekarang terdapat macam-macam jenis pelaburan cuma kena bijak pilih dan kenalah juga bijak menilai risiko disebalik setiap keuntungan.Pelaburan yang saya maksudkan ialah tengok pada gambar atas pun dah tahu kan pelaburan emas...

Kenapa Emas?
     Kalau anda nak tahu kenapa saya pilih emas sebab saya sendiri dapat melihat "Flow" pelaburan ini memang sangat menguntungkan.Sama seperti ASB. Jika melalui ASB, anda akan menyimpan sejumlah wang dengan harapan untuk mengaut keuntungan dari diveden sebanyak 8% - 10% dan bank juga ada menawarkan pinjaman kepada sesiapa yang berminat kemudian duit tersebut tak boleh dikeluarkan supaya anda dapat makan divedennya sahaja.Tidak mustahil jika ada duit simpanan yang lebih mungkin ada yang akan melaburkan semuanya di ASB.Tapi sebenarnya terdapat lagi pelaburan yang Super-Menguntungkan iaitu faham-faham je lah Emas
BUKTI?
Sekarang cuba anda perhatikan graf yang saya copy dan paste dibawah ini.Dalam graf tersebut menunjukan peningkatan harga emas dari Januari 2010 - 18 Oktober 2010.


Merujuk pada graf tersebut,anda dapat lihat pulangan pelaburan yang sangat lumayan iaitu sebanyak 29% dan akan meningkat sehingga 30%.Anda harus yakin bahawa harga emas semakin naik dari semasa ke semasa.Jadi ambil kesempatan anda untuk rebutkan peluang yang ada bagi membiakan zuriat duit anda..Sekurang-kurangnya anda harus memiliki 100gram emas(RM15,900) untuk perancangan jangka panjang anda.Bagaimana cara nak beli emas?? kena kumpul sampai tua ke? Nantikan post berikutnya di mana saya akan menerangkan cara atau jalan untuk anda membeli emas pada modal yang minimum!!

~INFO SAINS~ Minda Boleh Keliru?

Posted by Nizar Nasir on 11:02 PM

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang sains yang ada kena mengena dengan sains metafizik yang anda selalu anggap ia sesuatu yang luar biasa!!

Sains perubatan menunjukkan minda manusia tidak dapat membezakan pengalaman sebenar dan pengalaman imiginasi yang hanya dibayangi seseorang sama ada melihat, memegang ataupun merasai sesuatu yang anda bayangkan.

KENAPA?
Kerana isyarat neuron anda akan menjadi aktif, sama seperti anda melalui pengalaman sendiri...Jadi tidak mustahil jika apa yang anda bayangkan boleh menjadi keyataan WOW hebatnya ciptaan Tuhan!
Jadi anda haruslah jadikan hobi beragan-angan anda sesuatu yang boleh dianggap positif.Mulai hari ini cuba anda mengubahnya dan anda cuba untuk fikirkan semua tentang kebaikan.

Berminat Jadi Pengarah Filem?

Posted by Nizar Nasir on 3:03 PM
Anda semua tentu tahu atau pernah terbaca dalam mana-mana buku motivasi akan teknik visualisasi dan kehebatannya dalam mencapai keinginan.Seperti yang kita tahu,minda bawah sedar kita tugasnya adalah merekod segala tingkah laku yang kerap diulang dan seterusnya melaksanakannya .Jika kita kerap membayangi sesuatu,sebenarnya ia telah direkod oleh minda bawah sedar kita.                                              
Apa kaitannya dengan (RC)?


(RC) merupakan singkatan bagi reticular cortex.Sumber maklumat ini saya perolehi daripada sebuah buku hasil tulisan Amar Mahmood iaitu salah seorang jurulatih dan pakar minda dan energi.(RC) juga dikenali sebagai reticular formation.Kita sebagai manusia mempunyai organ sebesar jari di mana fungsinya hampir sama seperti isyarat telefon di bagunan besar.Fungsinya adalah menerima isyarat dan menghantar kepada penerima.Semua isyarat yang datang melalui deria sedar dihantar kepada organ-organ berkaitan.
Menurut sumber dari buku tersebut,terdapat suatu sistem yang dikenali sebagai reticular activation system.Tugasnya adalah,apabila kita menghantar maklumat kepada (RCS),ia mengaktifkan kesedaran dan sentiasa berhati-hati pada semua keadaan termasuk peka akan peluang-peluang kejayaan.                   


Macam mana nak aktifkan (RC)?


Banyak cara sebenarnya cara yang kita boleh gunakan untuk mengaktifkan (RC).Tapi salah satu cara yang biasa digunakan untuk mengaktifkanya adalah dengan menggunakan teknik visualisasi.Kita boleh menggunakan cara ini dengan menyediakan “Dream Bord” yang kita reka sendiri.Selain itu ada cara lain iaitu dengan cara menjadi pengarah filem tanpa modal.


Cara ini lebih ramai yang selesa dan gemarkannya.Anda Cuma perlu kerap beragan-angan mat jenin  akan apa yang anda impikan.Untuk lebih menarik lagi anda boleh memasukkan watak-watak yang anda kenal contohnya kawan atau ahli keluarga sendiri.Ini akan membuatkan cerita anda benar-benar real.Waktu yang paling sesuai pula untuk melakukannya adalah ketika waktu sebelum tidur.Sebab waktu begini anda berada dalam keadaan santai dan layan... tenang .

Jom Cipta "LUCK" Anda Sendiri !

Posted by Nizar Nasir on 2:50 PM

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa luck bukanlah secara kebetulan hadir dalam kehidupan seharian kita.Tetapi selain Tuhan yang mengizinkan ia terjadi,kitalah yang perlu mewujudkannya.              

Macam mana nak wujudkannya?


Terdapat banyak cara sebenarnya,tapi  saya nak kongsikan satu fomula atau tips yang saya gunakan  untuk wujudkan luck saya sendiri. Fomula yang saya gunakan adalah Visualisasi+Affirmasi=LUCK.


Visualisasi merupakan suatu kaedah gambaran kita dalam minda dan dari situlah wujud satu keinginan seterusnya disusuli dengan Affirmasi.Affirmasi pula merupakan satu teknik pernyataan kepada diri  sendiri.Dengan cara ini samaada kita sedar atau tidak,keinginan kita telahpun terlaksana dengan sendirinya.Macam mana pula boleh berlaku?


Minda separa sedar kita bertindak secara terlatih samaada kita sedar atau tidak.Minda bawah sedar kita akan merekodkan segala perbuatan yang kerap berlaku seterusnya melaksanakannya tanpa memikirkan cara untuk mencapainya.Sebab itu anda pernah dengar ada yang mengatakan “Fikirkan apa yang anda inginkan tanpa perlu fikir cara mencapainya”.Contohnya membayangkan memiliki kerata mewah, anda tak perlu fikir cara nak dapatkannya.Tak bermaksud anda perlu goyang kaki sahaja tapi akan ada peluang atau jalan disediakan dan tanpa disedari kita akan ambil peluang tersebut dan gunakan sebaiknya.


Berdasarkan pengalaman saya pula ketika di bangku sekolah,saya selalu berjaya berebut untuk dapatkan tempat duduk di dalam bas.Bunyi memang kelakar.Jika sekali atau dua kali memang tak mustahil tapi jika sering kali berjaya mendapatkannya? mungkin ia menjadi suatu yang mustahil.Saya selalu yakin yang saya akan mendapatkan tempat tersebut dan saya berjaya walaupun orang lain sibuk bertolak-tolak nak dapatkan sedangkan saya hanya relex dan ambil tempat yang saya tempah dalam minda saya.


Semasa saya lakukan semua ini,saya tak pernah tahu bahawa ia merupakan salah satu dari ilmu metafizik.Saya juga tak pernah faham akan istilah sains metafizik,kuasa minda dan sebagainya. Tapi bila cuba menyelami ilmu-ilmu seperti ini,saya cuba kaitkan pengalaman masa dulu untuk mencari bukti.


Saya bukanlah mencipta fomula itu seperti pakar metafizik.Sebenarnya segala perkongsian saya di blog ini adalah berdasarkan sumber yang saya perolehi kemudian saya manfaatkan.Anda boleh menggunakan fomula anda sendiri.Terdapat banyak cara tapi terpulang kepada anda untuk menggunakannya.


Bagaiman pula dengan anda?Saya percaya anda juga punya pengalaman yang sama atau pernah merasainya samaada sedar atau tidak.

(+) VS ( - )

Posted by Nizar Nasir on 4:39 PM
Ramai yang dah tahu bertapa hebatnya akal fikiran manusia ciptaan Allah S.W.T .Sedar akan kehebatan ini,ramai juga di kalangan kita yang telah mahir menggunakan akal dengan sebaiknya.Dalam islam, akal merupakan darjat yang diletakkan paling atas sekali dan tinggi nilainya.Ramai juga sudah mula sedar akan kepentingan menggunakan akal dengan baik dalam mencapai segala yang diingini.Bukan sahaja di Asia malah di barat juga ramai yang menyedari akan kepentingannya.
Sebab itulah anda selalu dengar  mengenai “Kuasa Minda” sangat mujarab dalam mencapai apa yang kita inginkan.Sebenarnya jika kita bercakap pasal kuasa minda,memang panjang lebarlah jawabnya.Tapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai percanggahan pendapat atau idea bagi individu yang selalu berfikiran positif dengan orang yang selalu berfikiran negatif.
Jika diperhatikan seorang yang bergelar pakar motivasi yang selalu mengabdikan amalan berfikiran positif sering berada dalam situasi begini.Situasi yang saya maksudkan adalah situasi di mana seorang yang berfikiran positif akan merasa suatu keadaan yang kurang selesa bila bercakap soal kejayaan dengan orang yang sangat negative.Ya tapi walaubagaimanapun golongan seperti ini termasuk saya sentiasa bijak mengawal emosi mereka untuk membantu menerangkan akan rahsia kejayaan kepada individu yang berfikiran negative kerana ini merupakan tugas utama mereka sebagai pakar motivasi tapi saya bukan pakar motivasi.
Orang yang positif sering disalah anggap oleh golongan yang sentiasa berfikiran negative kerana golongan ini sering dianggap pentingkan duniawi dan ada juga yang beranggapan mereka mata duitan. Namun sebaliknya golongan yang positif bukanlah seperti yang disangkakan.Golongan  positif adalah orang yang bijak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan .Mereka merupakan golongan yang berjaya mencapai impian a.k.a kejayaan dengan menggunakan akal yang Allah S.W.T kurniakan.Sedangkan orang yang sering berfikiran negatif pula masih terkapai-kapai dalam mencari arah tuju tapi pada masa yang sama sombong untuk menerima bimbingan.
Walaupun merupakan seorang pakar motivasi namun tidaklah semua ahli keluarga mereka juga berfikiran positif.Golongan ini juga sering menghadapi situasi dalam percanggahan pendapat sesama sendiri walaupun dengan ahli keluarga.Kita boleh lihat sendiri kes-kes seperti ini.Kalau anda pernah pergi mana-mana program atau seminar motivasi,mungkin pakar motivasi itu sendiri ada menyuarakan isu seperti ini.Namun bukanlah saya hendak mempersoalkan isu ini tapi hal ini adalah berkenaan dengan setiap orang yang berfikiran positif.
Jadi anda juga mungkin salah seorang yang bijak menggunakan akal kurniaan Allah S.W.T dengan baik sekali tapi pernahkah anda menghadapi situasi seperti yang saya maksudkan?

Dikritik!! Ada Aku Kisah ??

Posted by Nizar Nasir on 3:07 PM
Bila bercakap pasal kritikan kita mula fikir adakah kita sebenarnya boleh menerima kritikan ataupun angin satu badan mengalahkan orang meroyan bila dikritik.Tapi memang tak hairanlah pasal saya juga seperti anda pada ketika dulu.Mana taknya,bila kita susah-susah dapatkan sesuatu,melakukan sesuatu, atau apa sahaja yang dilakukan oleh kita yang konon-konon sudah gah di mata,sesuai di jiwa tapi mendapat kritikan hebat oleh sesetengah individu.Apa lagi mulalah bermangkok-mangkok cacian di dalam hati kita…adat…huhu…
Tapi sebenarnya bila kita cuba belajar menerima kritikan dan memandang dari sudut positif (+) , percayalah usaha kita tidak sia-sia.Sama ada nak atau tak nak kita tak punya pilihan melainkan kita berjaya dalam menghasilkan apa sahaja yang cuba kita capai…Kenapa pulak? Huh ni dia point dia.. Bila kita memandang sesuatu kritikan itu dari sudut yang positif (+) sebenarnya kita sedang berusaha  mengkaji+memperbaiki semula apa sebenarnya yang masih kurang  mengenai  apa yang ingin kita usahakan,lakukan,atau capai….
Saya sendiri  sedang berusaha  untuk terus belajar menerima kritikan dari sudut positf(+) dan telah menampakkan hasilnya walupun kecil tapi boleh la….dari tak ada…haha.Saya yakin bila anda membaca artikel saya mungkin anda akan cakap “alah…itu aku pun tahu”..haha ada aku kisah? Tapi sebenarnya jika difikirkan semula perkara remeh seperti  ini,berapa ramai orang yang sedar sama ada mereka terdiri dari golongan yang bagaimana? dan berapa ramaikah yang sedar akan kesannya dalam hidup kita..Jadi tak hairanlah jika ada lagi golongan yang masih gagal meningkatkan kualiti diri masing-masing
Saya ambil contoh yang paling mudah di sini..Cuba kita renungkan kembali orang yang berjaya dan mempunyai ranking teratas paling kaya iaitu Bill Gates.Beliau merupakan peneraju Microsoft yang paling TOP(cilok contoh-contoh yang selalu orang bagi dalam sesi motivsi).Semasa beliau mula mendapat idea untuk mencipta sistem tersebut,beliau mendapat pelbagai kritikan yang agak pedaslah.Ada yang cakap beliau sudah gila kerana ingin mencipta sebuah sistem yang tidak masuk akal.Tapi Bill Gates tak pernah menghiraukannya kerana beliau yakin akan kebolehan yang dimiliki untuk mencipta sistem tersebut.Akhirnya beliau berjaya mencipta sistem tersebut dan semua orang yang pernah mengkritiknya mula kagum akan kehebatan beliau.Contoh lain ialah jika kita lihat dari segi produknya pula seperti produk yang dihasilkan sebagai platform dalam sebuah komputer iaitu windows.Semasa muncul sebuah windows yang baru iaitu window vista,produk ini mendapat pelbagai kritikan yang hebat kerana produk tersebut banyak memberi pelbagai masalah kepada penggunanya.Apa masalahnya?Tak payah ceritalah.Anda juga sudah tahu…Nah keluar  pula perisian baru.Windows 7.Ambil kau! Produk ini direka adalah sebagai suatu pertingkatan  dari produk yang sebelumnya.Jelas di sini bahawa kritikan merupakan suatu keperluan.Dari kritikan kita dapat meningkatkan hasil kualiti akan sesuatu yang kita ingin capaikan.
Bagaimana pula dengan anda? Dan apa pendapat anda pula mengenai kritikan?