Berminat Jadi Pengarah Filem?

Posted by Nizar Nasir on 3:03 PM

Anda semua tentu tahu atau pernah terbaca dalam mana-mana buku motivasi akan teknik visualisasi dan kehebatannya dalam mencapai keinginan.Seperti yang kita tahu,minda bawah sedar kita tugasnya adalah merekod segala tingkah laku yang kerap diulang dan seterusnya melaksanakannya .Jika kita kerap membayangi sesuatu,sebenarnya ia telah direkod oleh minda bawah sedar kita.                                              
Apa kaitannya dengan (RC)?


(RC) merupakan singkatan bagi reticular cortex.Sumber maklumat ini saya perolehi daripada sebuah buku hasil tulisan Amar Mahmood iaitu salah seorang jurulatih dan pakar minda dan energi.(RC) juga dikenali sebagai reticular formation.Kita sebagai manusia mempunyai organ sebesar jari di mana fungsinya hampir sama seperti isyarat telefon di bagunan besar.Fungsinya adalah menerima isyarat dan menghantar kepada penerima.Semua isyarat yang datang melalui deria sedar dihantar kepada organ-organ berkaitan.
Menurut sumber dari buku tersebut,terdapat suatu sistem yang dikenali sebagai reticular activation system.Tugasnya adalah,apabila kita menghantar maklumat kepada (RCS),ia mengaktifkan kesedaran dan sentiasa berhati-hati pada semua keadaan termasuk peka akan peluang-peluang kejayaan.                   


Macam mana nak aktifkan (RC)?


Banyak cara sebenarnya cara yang kita boleh gunakan untuk mengaktifkan (RC).Tapi salah satu cara yang biasa digunakan untuk mengaktifkanya adalah dengan menggunakan teknik visualisasi.Kita boleh menggunakan cara ini dengan menyediakan “Dream Bord” yang kita reka sendiri.Selain itu ada cara lain iaitu dengan cara menjadi pengarah filem tanpa modal.


Cara ini lebih ramai yang selesa dan gemarkannya.Anda Cuma perlu kerap beragan-angan mat jenin  akan apa yang anda impikan.Untuk lebih menarik lagi anda boleh memasukkan watak-watak yang anda kenal contohnya kawan atau ahli keluarga sendiri.Ini akan membuatkan cerita anda benar-benar real.Waktu yang paling sesuai pula untuk melakukannya adalah ketika waktu sebelum tidur.Sebab waktu begini anda berada dalam keadaan santai dan layan... tenang .