Dikritik!! Ada Aku Kisah ??

Posted by Nizar Nasir on 3:07 PM

Bila bercakap pasal kritikan kita mula fikir adakah kita sebenarnya boleh menerima kritikan ataupun angin satu badan mengalahkan orang meroyan bila dikritik.Tapi memang tak hairanlah pasal saya juga seperti anda pada ketika dulu.Mana taknya,bila kita susah-susah dapatkan sesuatu,melakukan sesuatu, atau apa sahaja yang dilakukan oleh kita yang konon-konon sudah gah di mata,sesuai di jiwa tapi mendapat kritikan hebat oleh sesetengah individu.Apa lagi mulalah bermangkok-mangkok cacian di dalam hati kita…adat…huhu…
Tapi sebenarnya bila kita cuba belajar menerima kritikan dan memandang dari sudut positif (+) , percayalah usaha kita tidak sia-sia.Sama ada nak atau tak nak kita tak punya pilihan melainkan kita berjaya dalam menghasilkan apa sahaja yang cuba kita capai…Kenapa pulak? Huh ni dia point dia.. Bila kita memandang sesuatu kritikan itu dari sudut yang positif (+) sebenarnya kita sedang berusaha  mengkaji+memperbaiki semula apa sebenarnya yang masih kurang  mengenai  apa yang ingin kita usahakan,lakukan,atau capai….
Saya sendiri  sedang berusaha  untuk terus belajar menerima kritikan dari sudut positf(+) dan telah menampakkan hasilnya walupun kecil tapi boleh la….dari tak ada…haha.Saya yakin bila anda membaca artikel saya mungkin anda akan cakap “alah…itu aku pun tahu”..haha ada aku kisah? Tapi sebenarnya jika difikirkan semula perkara remeh seperti  ini,berapa ramai orang yang sedar sama ada mereka terdiri dari golongan yang bagaimana? dan berapa ramaikah yang sedar akan kesannya dalam hidup kita..Jadi tak hairanlah jika ada lagi golongan yang masih gagal meningkatkan kualiti diri masing-masing
Saya ambil contoh yang paling mudah di sini..Cuba kita renungkan kembali orang yang berjaya dan mempunyai ranking teratas paling kaya iaitu Bill Gates.Beliau merupakan peneraju Microsoft yang paling TOP(cilok contoh-contoh yang selalu orang bagi dalam sesi motivsi).Semasa beliau mula mendapat idea untuk mencipta sistem tersebut,beliau mendapat pelbagai kritikan yang agak pedaslah.Ada yang cakap beliau sudah gila kerana ingin mencipta sebuah sistem yang tidak masuk akal.Tapi Bill Gates tak pernah menghiraukannya kerana beliau yakin akan kebolehan yang dimiliki untuk mencipta sistem tersebut.Akhirnya beliau berjaya mencipta sistem tersebut dan semua orang yang pernah mengkritiknya mula kagum akan kehebatan beliau.Contoh lain ialah jika kita lihat dari segi produknya pula seperti produk yang dihasilkan sebagai platform dalam sebuah komputer iaitu windows.Semasa muncul sebuah windows yang baru iaitu window vista,produk ini mendapat pelbagai kritikan yang hebat kerana produk tersebut banyak memberi pelbagai masalah kepada penggunanya.Apa masalahnya?Tak payah ceritalah.Anda juga sudah tahu…Nah keluar  pula perisian baru.Windows 7.Ambil kau! Produk ini direka adalah sebagai suatu pertingkatan  dari produk yang sebelumnya.Jelas di sini bahawa kritikan merupakan suatu keperluan.Dari kritikan kita dapat meningkatkan hasil kualiti akan sesuatu yang kita ingin capaikan.
Bagaimana pula dengan anda? Dan apa pendapat anda pula mengenai kritikan?