Jom Cipta "LUCK" Anda Sendiri !

Posted by Nizar Nasir on 2:50 PM


Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa luck bukanlah secara kebetulan hadir dalam kehidupan seharian kita.Tetapi selain Tuhan yang mengizinkan ia terjadi,kitalah yang perlu mewujudkannya.              

Macam mana nak wujudkannya?


Terdapat banyak cara sebenarnya,tapi  saya nak kongsikan satu fomula atau tips yang saya gunakan  untuk wujudkan luck saya sendiri. Fomula yang saya gunakan adalah Visualisasi+Affirmasi=LUCK.


Visualisasi merupakan suatu kaedah gambaran kita dalam minda dan dari situlah wujud satu keinginan seterusnya disusuli dengan Affirmasi.Affirmasi pula merupakan satu teknik pernyataan kepada diri  sendiri.Dengan cara ini samaada kita sedar atau tidak,keinginan kita telahpun terlaksana dengan sendirinya.Macam mana pula boleh berlaku?


Minda separa sedar kita bertindak secara terlatih samaada kita sedar atau tidak.Minda bawah sedar kita akan merekodkan segala perbuatan yang kerap berlaku seterusnya melaksanakannya tanpa memikirkan cara untuk mencapainya.Sebab itu anda pernah dengar ada yang mengatakan “Fikirkan apa yang anda inginkan tanpa perlu fikir cara mencapainya”.Contohnya membayangkan memiliki kerata mewah, anda tak perlu fikir cara nak dapatkannya.Tak bermaksud anda perlu goyang kaki sahaja tapi akan ada peluang atau jalan disediakan dan tanpa disedari kita akan ambil peluang tersebut dan gunakan sebaiknya.


Berdasarkan pengalaman saya pula ketika di bangku sekolah,saya selalu berjaya berebut untuk dapatkan tempat duduk di dalam bas.Bunyi memang kelakar.Jika sekali atau dua kali memang tak mustahil tapi jika sering kali berjaya mendapatkannya? mungkin ia menjadi suatu yang mustahil.Saya selalu yakin yang saya akan mendapatkan tempat tersebut dan saya berjaya walaupun orang lain sibuk bertolak-tolak nak dapatkan sedangkan saya hanya relex dan ambil tempat yang saya tempah dalam minda saya.


Semasa saya lakukan semua ini,saya tak pernah tahu bahawa ia merupakan salah satu dari ilmu metafizik.Saya juga tak pernah faham akan istilah sains metafizik,kuasa minda dan sebagainya. Tapi bila cuba menyelami ilmu-ilmu seperti ini,saya cuba kaitkan pengalaman masa dulu untuk mencari bukti.


Saya bukanlah mencipta fomula itu seperti pakar metafizik.Sebenarnya segala perkongsian saya di blog ini adalah berdasarkan sumber yang saya perolehi kemudian saya manfaatkan.Anda boleh menggunakan fomula anda sendiri.Terdapat banyak cara tapi terpulang kepada anda untuk menggunakannya.


Bagaiman pula dengan anda?Saya percaya anda juga punya pengalaman yang sama atau pernah merasainya samaada sedar atau tidak.