Emas "TOOL" Menggandakan $$$$ !!

Posted by Nizar Nasir on 6:51 AM

"Money Is Only A tool To Make More Money"

     Dalam post kali ni saya nak kongsi satu cara lagi yang saya rasa boleh dikatakan "tool" kedua untuk kita membiakan zuriat duit kita.Duit pun ada zuriat? Macam mana caranya? ha iaitu dengan melakukan satu pelaburan bijak.Zaman sekarang terdapat macam-macam jenis pelaburan cuma kena bijak pilih dan kenalah juga bijak menilai risiko disebalik setiap keuntungan.Pelaburan yang saya maksudkan ialah tengok pada gambar atas pun dah tahu kan pelaburan emas...

Kenapa Emas?
     Kalau anda nak tahu kenapa saya pilih emas sebab saya sendiri dapat melihat "Flow" pelaburan ini memang sangat menguntungkan.Sama seperti ASB. Jika melalui ASB, anda akan menyimpan sejumlah wang dengan harapan untuk mengaut keuntungan dari diveden sebanyak 8% - 10% dan bank juga ada menawarkan pinjaman kepada sesiapa yang berminat kemudian duit tersebut tak boleh dikeluarkan supaya anda dapat makan divedennya sahaja.Tidak mustahil jika ada duit simpanan yang lebih mungkin ada yang akan melaburkan semuanya di ASB.Tapi sebenarnya terdapat lagi pelaburan yang Super-Menguntungkan iaitu faham-faham je lah Emas
BUKTI?
Sekarang cuba anda perhatikan graf yang saya copy dan paste dibawah ini.Dalam graf tersebut menunjukan peningkatan harga emas dari Januari 2010 - 18 Oktober 2010.


Merujuk pada graf tersebut,anda dapat lihat pulangan pelaburan yang sangat lumayan iaitu sebanyak 29% dan akan meningkat sehingga 30%.Anda harus yakin bahawa harga emas semakin naik dari semasa ke semasa.Jadi ambil kesempatan anda untuk rebutkan peluang yang ada bagi membiakan zuriat duit anda..Sekurang-kurangnya anda harus memiliki 100gram emas(RM15,900) untuk perancangan jangka panjang anda.Bagaimana cara nak beli emas?? kena kumpul sampai tua ke? Nantikan post berikutnya di mana saya akan menerangkan cara atau jalan untuk anda membeli emas pada modal yang minimum!!