(+) VS ( - )

Posted by Nizar Nasir on 4:39 PM

Ramai yang dah tahu bertapa hebatnya akal fikiran manusia ciptaan Allah S.W.T .Sedar akan kehebatan ini,ramai juga di kalangan kita yang telah mahir menggunakan akal dengan sebaiknya.Dalam islam, akal merupakan darjat yang diletakkan paling atas sekali dan tinggi nilainya.Ramai juga sudah mula sedar akan kepentingan menggunakan akal dengan baik dalam mencapai segala yang diingini.Bukan sahaja di Asia malah di barat juga ramai yang menyedari akan kepentingannya.
Sebab itulah anda selalu dengar  mengenai “Kuasa Minda” sangat mujarab dalam mencapai apa yang kita inginkan.Sebenarnya jika kita bercakap pasal kuasa minda,memang panjang lebarlah jawabnya.Tapi apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai percanggahan pendapat atau idea bagi individu yang selalu berfikiran positif dengan orang yang selalu berfikiran negatif.
Jika diperhatikan seorang yang bergelar pakar motivasi yang selalu mengabdikan amalan berfikiran positif sering berada dalam situasi begini.Situasi yang saya maksudkan adalah situasi di mana seorang yang berfikiran positif akan merasa suatu keadaan yang kurang selesa bila bercakap soal kejayaan dengan orang yang sangat negative.Ya tapi walaubagaimanapun golongan seperti ini termasuk saya sentiasa bijak mengawal emosi mereka untuk membantu menerangkan akan rahsia kejayaan kepada individu yang berfikiran negative kerana ini merupakan tugas utama mereka sebagai pakar motivasi tapi saya bukan pakar motivasi.
Orang yang positif sering disalah anggap oleh golongan yang sentiasa berfikiran negative kerana golongan ini sering dianggap pentingkan duniawi dan ada juga yang beranggapan mereka mata duitan. Namun sebaliknya golongan yang positif bukanlah seperti yang disangkakan.Golongan  positif adalah orang yang bijak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan .Mereka merupakan golongan yang berjaya mencapai impian a.k.a kejayaan dengan menggunakan akal yang Allah S.W.T kurniakan.Sedangkan orang yang sering berfikiran negatif pula masih terkapai-kapai dalam mencari arah tuju tapi pada masa yang sama sombong untuk menerima bimbingan.
Walaupun merupakan seorang pakar motivasi namun tidaklah semua ahli keluarga mereka juga berfikiran positif.Golongan ini juga sering menghadapi situasi dalam percanggahan pendapat sesama sendiri walaupun dengan ahli keluarga.Kita boleh lihat sendiri kes-kes seperti ini.Kalau anda pernah pergi mana-mana program atau seminar motivasi,mungkin pakar motivasi itu sendiri ada menyuarakan isu seperti ini.Namun bukanlah saya hendak mempersoalkan isu ini tapi hal ini adalah berkenaan dengan setiap orang yang berfikiran positif.
Jadi anda juga mungkin salah seorang yang bijak menggunakan akal kurniaan Allah S.W.T dengan baik sekali tapi pernahkah anda menghadapi situasi seperti yang saya maksudkan?